Monday, August 23, 2010

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

WARGA PDT TAMPIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAN

MALAM KESENIAN ISLAM

Tampin - pada 6 0gos 2010 satu majlis Malam kesenian Islam telah di adakan sempena menyambut bulan Ramadhan. Topik yang di bincangkan ialah ' Syaitan menangis di ambang Ramadhan'. Moderator Malam Kesnian Islam ini ialah Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Astro Oasis ). Panel jemputan pula terdiri daripada Ustaz Haslim Bin Baharim Dan Ustazah Salbiah Omar. Turut hadir Qhaud AF7 bagi memriahkan Malam Kesenian Islam.
Pihak PDT Tampin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjayakan majlis pada malam tersebut.

Perasmian Desa e-Kasih



29 Julai 2010 - Kg Londah, Gemas, N.Sembilan, Perasmian Desa e-Kasih yang dirasmikan oleh menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Dato Seri Shafie Apdal dan turut hadir menteri besar N.Sembilan Dato Seri Utama Mohammad Hj. Hassan, adun Gemas Dato Hjh Zainab, adun Gemencheh Dato Mohd Kamil, Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar serta ramai lagi.
Desa e-Kasih ini diwujudkan bagi membantu peserta e-kasih miskin tegar yang tidak mempunyai rumah kediaman. sebanyak 50 unit rumah telah didirikan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Selain itu program peningkatan ekonomi turut dijalankan seperti penanaman cili fetegrasi.
Program ni adalah kerjasama PPN Negeri, Pejabat Daerah & Tanah Tampin, Pejabat Daerah Kecil Gemas dan KKLW. Semoga program ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan di daerah Tampin & Gemas.